Kawal belanja elak muflis
Iklan
Sangat sukar mengharapkan ringgit mengukuh secara mendadak dalam masa tidak sampai tiga bulan sedangkan ia telah merosot secara berterusan sejak Mei 2011. Gambar hiasan
DALAM bahasa Inggeris ada ungkapan self-fulfilling prophecy membawa maksud ramalan atau ekspektasi seseorang mengenai sesuatu keadaan akhirnya menjadi kenyataan apabila keadaan diramalkan itu betul-betul berlaku.
Hal itu kerap diperkatakan dalam bidang ekonomi kerana ramalan dan ekspektasi adalah penting bagi menentukan tindak-tanduk pelabur serta penggiat ekonomi lainnya. Mereka melihat pelbagai fakta dan perangkaan untuk meramalkan aliran ekonomi, khususnya bidang mereka ceburi.