Aksi Afrika Selatan, Perancis ibarat permainan catur
Iklan
PENYANDANG juara Afrika Selatan menjangkakan aksi sengit apabila berdepan tuan rumah Perancis pada suku akhir Piala Dunia Ragbi Perancis 2023 di Stade de France, Saint-Denis awal pagi Isnin.
Pengendali Springboks, Jacques Nienaber berkata, kejayaan yang dibina pasukan itu sepanjang temasya tersebut adalah berdasarkan kekuatan dan kemahiran.
Namun berdepan Perancis, Nienaber mula mempertaruhkan keberkesanan taktikal dalam menyekat asakan Les Bleus yang berada pada prestasi terbaik temasya kali ini.
"Ia ibarat permainan catur. Kami memikirkan apa yang boleh kami cadangkan kepada diri sendiri. Kami memasuki dunia strategi, taktik, dan sedang menikmati cabaran itu.