Belanjawan 2024 manifestasi kerajaan kurangkan kos sara hidup - PM
Iklan
Anwar menunjukkan buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2024 yang dibacakan ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Parlimen pada Jumaat. Foto: Bernama
KUALA LUMPUR - Belanjawan 2024 Malaysia MADANI adalah manifestasi komitmen berterusan kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup dan meningkatkan peluang pekerjaan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, Anwar berkata, belanjawan yang bertemakan"Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat” itu juga menterjemahkan usaha Kerajaan Perpaduan dalam menyokong iklim pelaburan yang kondusif dalam suasana global yang kian berubah.
Dalam hantaran sama Perdana Menteri turut berkongsi beberapa infografik ringkasan intipati Belanjawan 2024. Ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat semalam Anwar mengumumkan peruntukan berjumlah RM393.8 bilion iaitu belanjawan tertinggi pernah dibentangkan yang menggariskan tiga tumpuan iaitu tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan, penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan dan peningkatan darjat hidup rakyat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, Belanjawan 2024 menyaksikan hasil negara bertambah berikutan penstrukturan semula ekonomi dan fiskal serta pelaksanaan reformasi percukaian dan subsidi bersasar akan dimanfaatkan sebaiknya untuk mengangkat darjat hidup rakyat. - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>