Henti politikkan Belanjawan 2024 - TPM

Iklan
Ahmad Zahid

GUA MUSANG - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak supaya berhenti mempolitikkan Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Beliau berkata, apa yang dibentangkan oleh Anwar sebagai Menteri Kewangan telah dicerakinkan dengan cukup komprehensif melibatkan semua golongan masyarakat.

Iklan
Iklan

"Kita lihat semalam pegawai kerajaan dan kakitangan bawah Gred 56, semuanya diberi bonus sebanyak RM2,000. Pemberian itu turut diberikan kepada tentera yang berpencen dan tidak berpencen.

Sebelum itu beliau merasmikan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Kelantan di Taman Etnobotani Gua Musang di sini.

Iklan

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datoh itu, beliau melihat Belanjawan 2024 kali ini lebih baik berbanding sebelumnya.

Ujarnya, ia dapat dilihat apabila jurang pendapatan melibatkan golongan miskin tegar telah berjaya dikurangkan.

Iklan

Ahmad Zahid memberitahu, Belanjawan 2024 tidak boleh dilihat dalam konteks keperluan semasa sahaja tetapi harus diteliti untuk jangka pendek dan sederhana.

"Kerajaan mempunyai perancangan dalam tempoh lima tahun dan dilihat dengan sebaik mungkin," katanya.