Kerajaan tanggung kos ujian memandu golongan kurang mampu

Iklan
Kerajaan bersetuju meneruskan bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju untuk terus menanggung bayaran ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk manfaat lebih 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian pendapatan yang diraih hasil penjualan nombor plat khas akan dimanfaatkan untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan.

Iklan
Iklan

"Seterusnya, Kerajaan Perpaduan telah memperkenalkan ikhtiar FLYsiswa iaitu bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, tahun hadapan ikhtiar FLYsiswa akan diteruskan untuk manfaat hampir 60,000 pelajar daripada keluarga kurang mampu terutama di Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan