Konglomerat teknologi Israel lumpuh
Iklan
Senjata teknologi milik Israel memintas peluru berpandu yang dilancarkan dari jalur Gaza pada, Rabu. - Foto EPA
PERANG sentiasa membawa kemusnahan. Perang Israel-Palestin telah berlarutan berdekad lamanya. Menurut sejarah, Mesir dan Syria juga pernah terpalit berperang menentang rejim Yahudi dalam Perang Yom Kippur pada 1973.
Perang itu tidak dapat disorot secara mendalam kerana media sosial belum berperanan sepenuhnya ketika itu. Namun, cerita berbeza berlaku pada perang terbaharu rejim Yahudi dan Hamas. Hampir setiap jam penulis menerima pelbagai cerita dan imej peperangan.