Subsidi bersasar elak hutang negara melonjak tinggi - Pakar ekonomi
Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Nungsari)
SHAH ALAM - Pelaksanaan subsidi bersasar dapat mengelakkan negara daripada menanggung hutang lebih tinggi pada masa akan datang memandangkan jumlahnya kini sudah mencecah RM1.5 trilion.
Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, saiz hutang besar secara berterusan akan mengurangkan pasaran modal dan keyakinan pelabur terhadap pengurusan negara.