'Melampau! Mudah buat duit di atas kesengsaraan orang lain'
Iklan
Pendedahan Sinar Premium berkaitan bilik sewa 'sangkar burung' yang disiarkan pada Rabu.
SHAH ALAM - Pengguna media sosial menyifatkan sebuah rumah kedai yang dijadikan 38 bilik kapsul untuk disewa pada harga RM300 sebulan merupakan tindakan melampau dan cekik darah.
Ini kerana bilik seumpama sangkar burung itu hanya berkeluasan 35 kaki persegi sekali gus membataskan pergerakan penyewa.