Malaysia jangan jadi Hong Kong ke-2
Iklan
Kemudahan dapur tidak disediakan menyebabkan penyewa miskin terpaksa membelanjakan pendapatan kecil mereka untuk membeli makanan. (Gambar kecil: Muhamad Zharif)
SELAIN makan pakai yang mencukupi, kediaman selesa juga menjadi satu keperluan hidup setiap individu namun tidak semua bernasib baik untuk memilikinya.
Disebabkan faktor desakan hidup dan kekangan kewangan yang membatasi perbelanjaan, maka ada yang terpaksa akur tinggal di rumah atau bilik sempit sebagai tempat berteduh daripada panas dan hujan.