Bayi dua bulan derita jantung berlubang
Iklan
Nur Aina Aralyn kini sedang dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (NICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor.
SUNGAI BULOH - Seorang bayi perempuan menderita masalah jantung berlubang memerlukan sumbangan untuk membantu membiayai kos pembedahan segera dianggarkan antara RM30,000 hingga RM80,000.
Nur Aina Aralyn Yazid, berusia dua minggu disahkan mengalami masalah tetralogy of fallot (TOF) with pulmonary atresia (TOF-PA) dan major aortopulmonary collateral arteries.
Iklan
Iklan
Bayi malang terbabit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi kanak-kanak (NICU) Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Bapanya, Yazid Anuar, 37, berkata, tanpa pembedahan, keadaan anak bongsunya itu akan menjadi bertambah teruk dan berkemungkinan mengalami kegagalan jantung dan tekanan paru-paru yang tinggi.
Iklan
Menurutnya, doktor memaklumkan saluran peparu anaknya tiada manakala saluran ke jantung pula terbalik malah terdapat dua lubang di jantung sekali gus memerlukan pembedahan 'bypass' supaya dapat bernafas dengan normal.
"Bagaimanapun, dengan pendapatan saya yang bekerja sebagai penyelia ladang dan isteri, Nor Atiqah Sujak, 32, yang bekerja sambilan sebagai juru solek pengantin hanya sekitar RM1,500 sebulan.
Iklan
"Kami tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan anak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Yazid dan Nor Atiqah bersama seorang lagi anak perempuan, Nur Hana Humaira berusia empat tahun.
Yazid berkata, dengan pendapatan bulanan yang terhad itu beliau juga perlu membantu meringankan perbelanjaan perubatan bapanya di Rawang, Selangor yang kini menjalani rawatan penyakit kanser prostat.
"Selain Nur Aina Aralyn, kami juga mempunyai seorang lagi anak perempuan, Nur Hana Humaira berusia empat tahun dan walaupun keluarga banyak membantu tetapi tidak mampu untuk mengumpulkan jumlah sebanyak itu.
"Sejak dilahirkan sehingga hari ini, Nur Hana Humaira belum pernah bertemu dengan adiknya itu yang kini memerlukan alat bantuan pernafasan," kata suami Nor Atiqah itu.
Pasangan terbabit juga berharap, anak bongsu mereka itu dapat meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak lain sekiranya dapat menjalani pembedahan berkenaan.
"Hanya pembedahan dapat menyelamatkan nyawa anak saya, dan perkara ini juga telah mendapat perhatian majikan (Syarikat Felda Plantation Management Sdn Bhd) dan majikan juga berhasrat untuk menanggung kos pembedahan anak kami ini," katanya.
Bagaimanapun, orang ramai yang masih ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini menerusi akaun bank Maybank 158088374271 milik Nor Atiqah.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi