(EKSKLUSIF) Bilik sempit sampai kena solat atas katil
Iklan
Ruangan bilik sewa tersebut sempit dan membataskan penghuninya daripada bergerak bebas.
SHAH ALAM - Meneruskan misi tinjauan bilik sewa sempit, penulis berjaya menemui sebuah apartmen diubah suai menjadi tujuh unit bilik sewa sempit yang membenarkan pasangan berlainan jantina tinggal bersama, namun dengan bayaran sewa lebih mahal.
Terletak di Shah Alam, penulis dimaklumkan harga asal sebuah bilik sewa yang hanya mampu memuatkan sebuah katil bujang itu adalah RM300 seorang.