Bilik satu depa bikin sesak dada
Iklan
Lakaran pelan 3D bilik sewa sangkar burung yang terletak di Seri Kembangan, Serdang.
SERDANG - TEPAT jam 2 petang seperti dijanjikan, penulis sudah terpacak di bawah sebuah bangunan kediaman terletak di Seri Kembangan dekat sini yang menempatkan unit bilik sempit untuk disewa.
Namun setelah menunggu hampir satu jam, baru kelibat Mr Chong (nama samaran) yang bertanggungjawab mengurus kemasukan penyewa ke unit bilik sewa sempit itu tiba.