Hamas semakin mara di luar Genting Gaza
Iklan
Tentera Zionis berkawal di hadapan balai polis yang dimusnahkan pejuang Hamas di Sderot, sempadan Gaza pada Ahad. - Foto EPA
BAITULMAQDIS - Tentera Israel terpaksa bertungkus lumus menepis serangan hari kedua pejuang Hamas selepas serangan mengejut kumpulan itu yang menyaksikan tindak balas segera tentera rejim Zionis.
Dalam serangan besar-besaran berkenaan, sekumpulan lelaki bersenjata Hamas melancarkan serangan di 22 lokasi di luar Genting Gaza termasuk pekan dan komuniti lain sejauh 24 kilometer dari sempadan.