[EKSKLUSIF] Empat kumpulan militan dalam radar
Iklan
ESSCom melaksanakan rondaan dan pemantauan keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah bagi mengekang sebarang ancaman keselamatan.
LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menyenaraikan empat kumpulan militan dalam radarnya iaitu Abu Sayyaf Group (ASG), Kidnapping For Ransom Group (KFRG), Islamic State Daulah Islamiah (ISDI) serta Royal Security Force (RSF).
Komander ESSCom, Datuk Victor Sanjos berkata, pihaknya memandang serius ancaman yang berpotensi diwujudkan oleh mana-mana kumpulan militan mahu pun pengganas.