Pelangai kekal kubu kuat BN
Iklan
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) bersama pimpinan BN dan PH meraikan kemenangan Amizar (tiga dari kanan) pada PRK DUN Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul malam Sabtu.
Peratusan keluar mengundi meningkat berbanding PRU15
SHAH ALAM - Kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dapat diterima pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai apabila calon BN, Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi dalam pertembungan tiga penjuru.
Walaupun undi majoriti merosot sebanyak 1,099 undi berbanding semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedudukan Pelangai sebagai kubu kuat UMNO dan BN tidak dapat dinafikan.