Bayar RM2,000 ceroboh Malaysia
Iklan
Sekumpulan PATI cuba bersembunyi dalam sebuah bot di kawasan bakau bagi mengaburi pihak berkuasa.
MAHU cari kerja, hendak pulang beraya dan lawat keluarga menjadi alasan utama pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup membayar sehingga RM2,000 kepada sindiket untuk masuk dan keluar dari Malaysia melalui jalan laut.
PATI ini juga sanggup bersesak di dalam bot yang bermuatan kecil hingga berhari-hari biarpun tanpa bekalan makanan.