Pelancong China bakal merosot
Iklan
PublicInvest Research dalam laporannya baru-baru ini menjangkakan China menyumbang kepada pemulihan industri pelancongan global termasuk Malaysia. (Gambar kecil: Nariza)
SHAH ALAM - Keputusan Thailand melaksanakan pengecualian visa selama lima bulan dengan menyasarkan pelancong dari China, berupaya menjejaskan sumber pendapatan dan memperlahankan ekonomi industri pelancongan Malaysia.
Timbalan Presiden Pelancongan Dalaman, Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Nariza Mohd Zabidi berkata, negara bakal kekurangan pelancong China yang gaya hidupnya sinonim dengan membuat keputusan melancong tanpa dirancang.