‘Kalau kena sebat, mereka tak berani sorok barang subsidi‘
Iklan
Perbuatan kartel barangan subsidi menyusahkan rakyat yang terdesak untuk mendapatkan bekalan barang keperluan. - Foto123RF (Gambar kecil: Shahul Hamid dan Sundramoorthy)
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya kerajaan memperkenal akta baharu yang membolehkan hukuman setimpal dikenakan kepada mereka yang menyeleweng barangan bersubsidi.
Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berpandangan, hukuman seperti penjara minimum lima tahun dan sebatan mandatori mengikut jenis kesalahan juga perlu dipertimbangkan supaya bakal penjenayah takut untuk melakukannya.