Keganasan senjata api: Thailand jadi ‘AS kedua’
Iklan
Sebahagian mangsa yang terkorban akibat perbuatan kejam Panya Khamrab ketika melancarkan serangan di sebuah taska di Nong Bua Lamphu pada 6 Oktober 2022.
BANGKOK - Serangan tembakan yang menggemparkan sebuah pusat beli-belah di ibu kota Thailand sekali lagi memaparkan masalah keganasan senjata api yang melanda negara itu.
Ia didakwa berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab segelintir anggota polis yang tergamak menjual senjata api di pasaran gelap dan budaya belia yang ‘mengagungkan’ pemilikan pistol sebagai simbol kuasa.