Pentingnya pendigitalan pendidikan
Iklan
Malaysia tidak seharusnya jauh ketinggalan dari aspek pendigitalan pendidikan kerana dunia sudah berevolusi daripada Masyarakat 1.0 dan yang terbaharu ialah Masyarakat 5.0.
DEWAN Negara telah meluluskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) pada 26 September lalu dengan undian sebulat suara ahli Dewan Negara.
Usul ini berjaya diluluskan setelah mengambil masa enam hari persidangan melibatkan seramai 44 orang ahli Dewan Negara yang berbahas dan memberi maklum balas kepada 26 kementerian. KSP RMK12 menelan belanja sekitar RM415 bilion merangkumi 17 anjakan besar dalam aspek ekonomi.