AS 'pulangkan' panda gergasi
Iklan
Panda gergasi pertama kali tiba dari China pada 1972 sebagai 'hadiah' susulan lawatan bersejarah Presiden ke-37 AS, Richard Nixon ke Beijing.
Haiwan jadi simbol diplomatik dikembalikan semula kepada China pada akhir 2023
WASHINGTON - Tidak kira jarak atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, Jane Christensen tetap mahu melihat panda gergasi sebelum haiwan yang menjadi simbol hubungan diplomatik bersama China itu meninggalkan Amerika Syarikat (AS).
Christensen yang berusia dalam lingkungan 60-an memberitahu dia terpesona dengan kecomelan spesies itu sejak lebih setengah abad lalu apabila Beijing menghadiahkan dua ekor panda kepada Washington.