Kedai KR1M boleh diwujud semula tetapi dengan syarat
Iklan
KR1M diperkenalkan pada tahun 2011 bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup rakyat namun ditutup pada 2018. (Gambar kecil: Mohd Faisol)
PUTRAJAYA - Kewujudan kedai yang menawarkan harga yang lebih rendah menggunakan konsep Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) boleh dilaksana kerajaan dengan syarat bukan bermotifkan populis mahupun politik.
Sebaliknya kata Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr Mohd Faisol Ibrahim, kedai tersebut haruslah bertujuan memberi kesejahteraan hidup terhadap rakyat dengan menawarkan barangan keperluan pada harga mampu milik.