Fenomena tutup kedai di UK
Iklan
Orang ramai berjalan melepasi sebuah kedai dengan papan tanda tutup di tingkap di Chester, Britain - Foto File Reuters
DENGAN populasi lebih 15 juta penduduk dan pelancong yang tak putus, ramai punya persepsi ‘juallah apa saja di London, pasti laku!’ Tak kurang juga ber-pandangan ‘kalau mahu membina jenama antarabangsa, mulakan dari London’.
Kota itu juga sering mendapat jolokan syurga membeli-belah. Mungkin ada benarnya. Seperti New York dan Paris, London itu sendiri sudah menjadi jenama antarabangsa yang berprestij. Pastilah apa sahaja yang terkait dengan kota tersebut turut menumpang prestij bukan biasa-biasa.