Ramai golongan M40 akan hilang kuasa berbelanja
Iklan
Subsidi bahan api yang disasarkan semasa pembentangan Bajet 2024 di Parlimen pada 13 Oktober ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Golongan berpendapatan sederhana (M40) mungkin terpaksa mengubah perancangan kewangan mereka sekiranya sebahagian daripada mereka tidak menerima bahan api bersubsidi.
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, selain simpanan menyusut, kumpulan berkenaan akan berhadapan kemerosotan kuasa berbelanja.