Peniaga mungkin kembali kepada kaedah bayaran tunai
Iklan
Rosli percaya peniaga kecil akan kembali kepada kaedah bayaran tunai sekiranya pengendali DuitNow tetap dengan pendirian mengenakan caj kepada pengguna aplikasi tersebut.
SHAH ALAM - Tindakan pengendali kod QR DuitNow mengenakan caj kepada pengguna aplikasi tersebut bakal menyebabkan peniaga kembali kepada kaedah bayaran secara tunai.
Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, para peniaga akan mengambil langkah ke belakang itu disebabkan mahu mengelak pembayaran caj yang dianggap membebankan.