Bentong Kali tumpas di tangan UTK
Iklan
Meor Chek Hussien berkongsi kisah mengenai Bentong Kali yang mati ditembak penembak tepat.
Penjenayah kejam tahun 1990-an akhirnya mati ditembak penembak tepat
TANPA rasa perikemanusiaan, P Kalimuthu atau lebih dikenali sebagai Bentong Kali boleh dianggap sebagai penjenayah yang baran, kejam dan sanggup membunuh atas sebab yang remeh.
Demikian pengalaman yang dikongsikan bekas Komander Unit Tindak Khas (UTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Meor Chek Hussien Mahayuddin.