Peniaga kecil tak setuju caj DuitNow
Iklan
Kebanyakan pengguna DuitNow adalah peniaga kecil yang tidak mempunyai margin keuntungan yang besar. - Foto Bernama
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Rata-rata peniaga kecil tidak bersetuju dengan caj transaksi aplikasi QR DuitNow yang akan dilaksanakan bermula 1 November ini.
Tinjauan Sinar Harian di sini mendapati peniaga rasa mereka bakal terbeban memandangkan keuntungan daripada perniagaan tidak besar.