'Gelombang hijau hanya sementara'
Iklan
‘Gelombang hijau’ di kawasan Felda hanya bersifat sementara bukan selamanya. - Gambar kecil: Abdul Rahman
SHAH ALAM - ‘Gelombang hijau’ yang dikatakan mula membina pengaruh kuat di kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) hanya bersifat sementara bukan selamanya.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, ketika ini penduduk rancangan Felda teruja dengan naratif yang dibawa oleh Perikatan Nasional (PN) sama seperti UMNO iaitu memperjuangkan Melayu dan Islam.