Pengguna bimbang harga jualan akan naik
Iklan
Gambar dari kiri: Mohd Faiz, Maisyarah, Tuti Aryati dan Nur Azirah.
SHAH ALAM - Pengguna aplikasi QR DuitNow bimbang sekiranya peniaga meningkatkan harga jualan susulan pelaksanaan caj transaksi bermula 1 November ini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati caj dikenakan pengendali DuitNow, PayNet dikhuatiri akan dialihkan kepada pengguna menerusi peningkatan harga barangan atau perkhidmatan.