Beras kurang, harga melambung
Iklan
Ndege bimbang kenaikan mendadak harga beras tempatan
di Kenya memberi kesan kepada penduduk miskin.
NAIROBI - Francis Ndege tidak pasti jika pelanggannya dari kawasan setinggan terbesar di Afrika kini mampu untuk membeli beras daripadanya.
Hal ini kerana harga beras tempatan dilaporkan terus melambung tinggi di Kenya susulan kenaikan harga baja untuk menyuburkan tanaman disebabkan kemarau berpanjangan yang melanda Tanduk Afrika sedikit sebanyak telah menjejaskan hasil padi.