'Tak semua mereka kaya'
Iklan
Sumbangan wakil rakyat wajar dihargai selepas mereka bertungkus-lumus menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing. Gambar kecil dari kiri: Ahmad Marthada (kiri), Noor Nirwandy, Mohamad Idham
SHAH ALAM - Pemansuhan pencen Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan menyebabkan anak muda daripada kalangan generasi Z tidak berminat menjadi wakil rakyat.
Sehubungan itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, cadangan memansuhkan pencen untuk golongan tersebut tidak wajar dilaksanakan.