Ubat anti-Covid-19 cetus mutasi virus
Iklan
Petugas kesihatan melakukan ujian pantas SARS-CoV-2 di Mexico City. - AFP
PARIS - Ubat anti-Covid-19 yang digunakan secara meluas di seluruh dunia mungkin telah menyebabkan mutasi pada virus, namun belum ada bukti perubahan itu menjurus kepada wujudnya varian lebih merbahaya.
Pil antivirus Molnupiravir keluaran syarikat farmaseutikal Merck adalah antara rawatan terawal dilancarkan ketika pandemik bagi mencegah Covid-19 menjadi lebih teruk kepada golongan rentan.