Strategi dekati pengundi secara sederhana - Sivamurugan
Iklan
SHAH ALAM - Parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dijangka memberi fokus kepada strategi mendekati pengundi secara sederhana bagi mengelak kelesuan politik berpanjangan.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berkata, ia berikutan kelesuan politik ketara menjejaskan peratusan keluar mengundi seperti yang berlaku dalam pilihan raya lalu.