Aksi kejar-mengejar di Terumbu Scarborough
Iklan
Kapal peronda milik China 'berkawal' di perairan yang menjadi lokasi tangkapan ikan nelayan Filipina.
MANILA - NELAYAN Filipina, Arnel Satam 'tetap tenang' ketika dia melarikan diri daripada pengawal pantai Beijing perairan cetek di Terumbu Scarborough di kawasan yang menjadi pertikaian di Laut China Selatan ketika insiden pada Jumaat lalu.
Kejadian itu turut disaksikan wartawan AFP yang menaiki kapal Biro Perikanan dan Sumber Akuatik, BRP Datu Bankaw yang menghantar bekalan makanan, air minuman dan bahan api kepada kumpulan nelayan tempatan di perairan sensitif tersebut.