Keperluan beras cuma 20kg sebulan
Iklan
Setiap individu bujang dan isi rumah di Malaysia dianggarkan menyimpan bekalan beras antara lima hingga 20 kilogram (kg) untuk kegunaan dalam tempoh sebulan. - Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Azman)
SHAH ALAM - Setiap individu bujang dan isi rumah di Malaysia dianggarkan menyimpan bekalan beras antara lima hingga 20 kilogram (kg) untuk kegunaan dalam tempoh sebulan.
Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras, Datuk Azman Mahmood berkata, keperluan bagi keluarga yang mempunyai anak lebih daripada tiga orang dianggarkan sebanyak 20kg, isi rumah kurang tiga anak (10kg) dan individu bujang (1.25kg).