Pengarang dan kemerdekaan
Iklan
Selain menganjurkan sayembara deklamasi puisi sempena Hari Kebangsaan, pemain industri sastera disaran mengadakan wacana karya kemerdekaan.
BAGAIMANAKAH cara pengarang kita menyambut Hari Kemerdekaan? Dalam masa terdekat ini kita telah merayakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Bulan Ogos untuk Hari Kemerdekaan dan bulan September untuk perayaan kelahiran negara Malaysia.
Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) sudah memiliki tradisinya menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan. Ini diikuti oleh setiap negeri di bawah kelolaannya dan persatuan negeri, menganjurkan majlis pertandingan yang sama.