RM500 juta wang pusaka tunggu dituntut waris
Iklan
Ahmad Feizal menerima cenderahati daripada Murshidah sempena Konvensyen Reformasi Undang-Undang Pentadbiran Pusaka, Faraid dan Hibah Orang Islam Dalam Era Digital: Cabaran dan Peluang Baru di Wisma Badan Peguam Malaysia, Kuala Lumpur pada Sabtu.
KUALA LUMPUR - Dana tertangguh atau Wang Menunggu Dituntut (WMD) yang tersimpan di Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) sehingga kini mencecah RM500 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata, wang tunai itu adalah milik waris yang tidak dapat diserahkan atas sebab-sebab tertentu dan usaha menjejak mereka sedang giat dijalankan.