Wajah baharu Arab Saudi
Iklan
PIF memfokuskan kepada projek-projek berstatus giga bagi membentuk ekosistem ekonomi baharu untuk Arab Saudi agar tidak bergantung kepada hasil minyak sepenuhnya. - Gambar hiasan 123rf
SEMALAM Arab Saudi menyambut Hari Kebangsaan ke-93 yang menandakan satu sejarah panjang negara yang kini menjaga dua tanah suci umat Islam – Makkah dan Madinah.
Sambutan itu mengambil titik 23 September 1932 apabila Almarhum Raja Abdulaziz bin Abdul Rahman ibn Saud mengeluarkan dekri yang menyatukan kerajaan Najd dan Hijaz di bawah nama baharu, kerajaan Saudi Arabia (Arab Saudi).