Harga Pak Belang cecah RM1 juta
Iklan
Kulit harimau dikesan antara menjadi pilihan selain harganya yang tinggi di pasaran.
SHAH ALAM - Sindiket pemburu haram bukan sahaja memiliki jaringan antarabangsa, malah restoran makanan eksotik dan kedai haiwan peliharaan juga antara rangkaian yang dikesan bersekongkol.
Ini terbukti menerusi siasatan hasil kejayaan 122 kes membabitkan rampasan mencecah RM33.2 juta yang direkodkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman pada tahun ini.