Candi berusia 1,200 tahun di Kedah
Iklan
Pasukan penyelidikan USM menemui pelbagai artifak kuno antaranya arca patung Buddha dan batu bertulis di Tapak Arkeologi Bukit Choras, Yan, Kedah.
YAN - Jabatan Warisan Negara (JWN) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui dua arca Buddha hampir lengkap dengan prasasti atau batu bersurat.
Pensyarah Kanan PPAG, Dr Nasha Rodzaidi Khaw berkata, bahan bersejarah itu dikesan ketika melakukan kerja penyelidikan di Tapak Arkeologi Bukit Choras yang bermula 28 Ogos hingga 12 September lalu.