Istiadat pemakaman yang menghubungkan
Iklan
Suasana suram bagi rakyat Malaysia terutama di Negeri Sembilan ketika jenazah Tunku Ampuan Najihah dibawa dari Istana Seri Menanti untuk dikebumikan di Makam Diraja Seri Menanti pada 8 September lalu.
TUNKU Ampuan Negeri Sembilan yang ke-10, juga Raja Permaisuri Agong Malaysia yang ke-10, Tunku Ampuan Najihah Almarhum Tunku Besar Burhanuddin mangkat pada 8 September 2023.
Permaisuri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar, baginda merupakan yang terakhir antara tiga orang adik-beradik yang menjadi Tunku Ampuan, selepas Tunku Puan Besar Kurshiah (Permaisuri Yamtuan kelapan dan Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman) dan Tunku Ampuan Durah (Permaisuri Yamtuan kesembilan, Tuanku Munawir).