Bayar parti untuk jadi bersih
Iklan
Demokrasi bukan urusan yang murah kerana semua urusan perlukan wang, daripada kempen pilihan raya sampai ke pusat khidmat. - Gambar hiasan
DALAM dunia yang ideal, pemimpin politik adalah insan mulia yang jujur dan suci setanding malaikat. Mereka tidak akan menyalahgunakan kuasa sekalipun tidak disemak dan diimbang.
Malangnya, dalam dunia yang sebenar, politik adalah seperti mana-mana profesion yang lain, mutu kerja dan amanah mereka bergantung kepada struktur insentif yang mereka hadapi.