Pokok Kehidupan bakal lenyap?
Iklan
Kira-kira 73 spesies telah pupus daripada kira-kira 5,400 genera yang terdiri daripada 34,600 spesies dalam tempoh lima abad.
Saintis beri amaran tentang ancaman krisis biotik keenam
WASHINGTON - Kegiatan tidak terkawal manusia mendorong kepada kehilangan seluruh dahan 'Pokok Kehidupan', menurut kajian baharu diterbitkan pada awal minggu lalu yang memberi amaran tentang ancaman kepupusan secara besar-besaran keenam.
"Krisis biotik adalah seteruk krisis perubahan iklim, namun tidak begitu diendahkan. Apa yang dipertaruhkan ialah tentang masa depan manusia,” kata Profesor Gerardo Ceballos di National Autonomous University of Mexico yang juga penulis bersama kajian diterbitkan Proceedings of the National Academy of Sciences (PNAS).