Perlu bincang dengan persatuan, NGO
Iklan
Fomca menyarankan kerajaan supaya dapat terus meningkatkan pengeluaran beras tempatan dari 65 peratus kepada 100 peratus. Gambar kecil: Nur Asyikin
Bagi memastikan Jualan Rahmah Beras sampai kepada golongan sasar
SHAH ALAM - Kerajaan perlu berunding dengan semua pemegang taruh agar Jualan Rahmah Beras yang dilaksanakan sampai kepada golongan sasar.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Nur Asyikin Aminuddin berkata, langkah itu perlu dalam memastikan subsidi kerajaan diperoleh mereka yang benar-benar memerlukan.