Kenderaan lebih muatan antara punca kemalangan meningkat
Iklan
Keadaan kemalangan melibatkan pelanggaran sebuah lori dengan beberapa kenderaan termasuk motosikal anggota polis trafik di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong pada Rabu. Gambar kecil: Teik Hua
SHAH ALAM - Kenderaan berat seperti treler, lori atau bas yang melebihi muatan dan tidak diselenggara secara berkala menjadi punca peningkatan kes kemalangan dalam negara.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, terdapat segelintir pemandu kenderaan berat yang mengambil mudah tentang muatan dan pemeriksaan brek secara berkala dengan alasan kos penyelenggaraan mahal.