Pegawai KPDN diarah turun setiap hari periksa harga barang
Iklan
Pegawai penguat kuasa KPDN diarah turun padang setiap hari, bagi membuat pemeriksaan harga barangan di kedai serta pasar raya secara rawak. (Gambar kecil: Fuziah)
SHAH ALAM - Lebih 1,000 orang pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) diarah turun padang setiap hari, bagi membuat pemeriksaan harga barangan di kedai serta pasar raya secara rawak.
Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, arahan tersebut merupakan langkah kerajaan untuk memastikan peniaga tidak menaikkan harga barang secara tidak wajar.