Mampu lonjak KDNK
Iklan
Kemasukan pelabur asing bukan sahaja membuka peluang pekerjaan baharu bahkan mampu melonjakkan pertumbuhan KDNK Malaysia. Gambar kecil: Kim Leng
Pelaburan asing bakal tingkat ekonomi jangka panjang
SHAH ALAM - Kejayaan Malaysia menarik pelaburan bernilai RM132.6 bilion berupaya meningkatkan ekonomi negara dalam jangka masa panjang termasuk menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.
Pakar Ekonomi, Profesor Dr Yeah Kim Leng berkata, keyakinan pelabur itu juga boleh meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menyumbang kepada pelbagai sektor terutama perkhidmatan.