Langkah bijak lantik Tun Mahathir penasihat tidak rasmi SG4
Iklan
Dr Mahathir (tengah) menerima kunjungan hormat pemimpin Pas diketuai Tan Sri Abdul Hadi Awang (empat dari kiri).
PELANTIKAN Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Perikatan Nasional (PN) atau State-Government 4 (SG4) menimbulkan 1,001 persoalan.
Ini kerana banyak pihak berpandangan bahawa aura dan pengaruh mantan Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu sudah kurang relevan dalam arena politik tanah air susulan beliau gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).