Nasib penduduk Kampung Sungai Baru
Iklan
Notis merah yang menyatakan penduduk Kampung Sungai Baru diberi tempoh hanya sebulan sehingga 4 Oktober depan untuk kosongkan kediaman masing-masing.
ADA satu lagi drama di Kuala Lumpur yang rakyat Malaysia tak banyak tahu. Ahli Parlimen kita pun sunyi sepi dalam soal ini. Ia membabitkan pemilik rumah Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Mereka kecewa dan marah apabila terima notis pengosongan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG). Cerita rumah-rumah di situ bukan baru. Ada pemaju nak ambil alih kawasan itu untuk membangunkan hartanah pada 2016. Ia membabitkan 98 unit rumah teres dan lapan blok flat.