Ayah nasihat jangan berdendam - Tawfik
Iklan
Gambar kenangan Mohamed Tawfik (tengah) bersama ayahanda, Dr Ismail dan ibu, Toh Puan Norashikin Datuk Mohd Seth.
NAMA negarawan, Allahyarham Tun Dr Ismail Abdul Rahman sering diambil sempena memperingati jasa beliau sebagai seorang doktor dan tokoh politik yang banyak berjasa kepada tanah air.
Antaranya adalah perumahan suburban popular iaitu Taman Tun Dr Ismail atau lebih dikenali sebagai TTDI dan beberapa nama institusi pendidikan di ibu negara antaranya Kolej Tun Dr Ismail, Tun Dr Ismail International School, Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tun Dr Ismail Jaya, SMK Tun Dr Ismail serta Sekolah Agama Tun Dr Ismail.